Thursday, April 9, 2009

Gempar Di Stadium Sultan Muhamad IV

Kelmarin 8 April 2009 Sang Kelate (Wan Asmadi) seorang blogger yang Pak Zawi belum pernah jumpa menelifon Pak Zawi mengajak untuk menonton bolasepak antara Kelantan dan Selangor pada 11 April 2009 sebagai usaha untuk berjumpa bagi kali pertama. Dia menceritakan bahawa dia telah 20 tahun tak tengok bola dan perlawanan yang dia saksikan semalam anatara Kelantan dan Negeri Sembilan dimana Kelantan tewas 0 -1 berkesudahan dengan kekecohan. Peristiwa bermula dengan penjaga gol Halim Napi bertindak ganas keatas pemain Sebenarnya ini bukan sebab utama mengapa penonton mengganas kata beliau. Penonton mengganas hingga membakar kereta polis kerana pihak polis telah memukul terok saorang penonton yang disyakki membaling botol sedangkan penonton ini tidak berbuat demikian. Penonton yang melihat peristiwa itu merasa simpati kepada penonton ini kerana rayuan beliau supaya pukulan dihentikan tidak berjaya. Ini adalah cerita Sang Kelate. Pak Zawi tidak pergi pun.

Yang Pak Zawi lihat adalah peristiwa gempar yang berlaku semasa malam kedua Kejohanan Tomoi TM-WMC International Muay Thai Challenge ditempat sama pada 28 Mac 2009. Kerana tidak puas hati kepada keputusan pengadil dua orang penonton telah membaling botol air mineral ke atas pentas (ring) selepas perlawanan berlangsung dan keputusan diumumkan. Sekali lagi pihak sekuriti (termasuk anggota polis bertugas) telah bertindak ghairah untuk menangkap penonton kedua yang membaling botol yang dapat dicamkan. Perkara yang sama berlaku, penonton lain bertindak untuk menghalang pihak sekuriti dari menangkap pesalah membaling botol maka berlakulah kerusi melayan.

Peristiwa ini tidak di hebohkan sehingga seminggu kemudian apabila part time stringer The Star CA Zulkifli menghantar berita kepada akhbar tersebut. Akhbar lain patuh kepada rayuan YB Takiyuddin yang meminta berita ini tidak disensasikan demi kesinambungan Tomoi di Kelantan. Keaddan kemabali reda dan kejohanan diteruskan dengan satu perlawanan yang amat hebat diantara Robert 'The Terminator' dan Kent Salsaloon kedua-duanya dari Thailand yang berkesudahan dengan kemenangan oleh Kent.

Rayuan YB Dato' Takiyuddin ini tidak diendahkan oleh pemberita The Star, kerana dia kini memperolehi 'scoop' apabila akhbar lain yang hadir malam tu tidak menyiarkan berita ini. Mereka cuma menyiarkan berita kejohanan tetapi tidak The Star. Pak Zawi sedih kerana jurugambar The Star yang hadir malam tu adalah kenalan Pak Zawi. Dia sepatutnya menasihatkan Zulkifli supaya tidak melaporkan berita itu kerana ianya telah seminggu berlaku. Berita yang seminggu bukan lagi berita. Ini adalah jelas satu niat yang tidak baik oleh akhbar ini. Kini Tok Guru Menteri Besar sedang menimbangkan kemungkinan mengharamkan sekali lagi permainan Tomoi di Kelantan.

Kalau Tomoi nak diharamkan, tidakkah patut bolasepak juga patut diharamkan? Kalau bolasepak diharamkan Kerajaan Negeri Kelantan akan jimat RM700,000 kerana ini adalah peruntukan uang disediakan untuk bolasepak Negeri Kelantan. Kerajaan Negeri tidak memperuntukkan sa sen pun untuk Tomoi atau kini dikenali sebagai Boksing Kelantan.

Pak Zawi rasa kita haramkan bolasepak tetapi tidak Boksing Kelantan. Kita jadikan saja Stadium Sultan Muhamad IV sebagai stadium Boksing Kelantan terbesar didunia yang akan mengalahkan Stadium Lumpinee dan Rajadamoen di Thailand.

Apa kata anda sekalian?

26 comments:

Pi Bani said...

Rasanya kalau diharamkan bolasepak, mungkin akan jadi satu lagi rusuhan oleh peminat-peminat fanatik bolasepak...

uncleawang said...

Nampak nya mereka lebih gemar buat rusuhan daripada jadi penonton..

Pak Zawi said...

Pi,
Kalau diharamkan mana akan berlaku rusuhan kerana mereka tak berkumpul. Rusuhan ini adalah lepas mereka berkumpul.

Pak Zawi said...

Awang,
Mungkin merusuh lebih seronok dari menonton bolasepak yang boring. Bab tu saya tak tengok bolasepak.

Pi Bani said...

Laa Pak Zawi, kalau diharamkan bolasepak, mereka akan pakat berkumpul untuk buat demonstrasi bantahan, dan bila dah berkumpul tu, merusuhlah...

Pak Zawi said...

Pi,
Diaorang malas nak berkumpul. Kena ada bola baru dia berkumpul. Hehehehehe, Take this as a joke la.

Akmal said...

sampai ada student hilang penghilatan sebelah. dahsyat betul.
tengok bola sampai 'tersentuh emosi', 'terganggu jiwa' dan 'terbang kerusi'!

Gurindam Jiwa said...

Ingatkan penyokong Liverpool je boleh. Rupanya, Qlate pun buleh.

Wat malu Qlate jah.

Mene kaloh ni adat bersuke. Kalu nok ggocoh gak, masuk tomoi laaa.

Patricia said...

Wah, these guys sure take their football seriously, eh? How sad to see grown men turn into hooligans and thugs over a game!

pendita said...

pok awi mari KL ko nih? esok ado game klate vs selangor kat bukit jalil.. bleh la jupo..

Pak Zawi said...

Akmal,
Yang sedihnya student tu tak tengok bola pun tapi kena bedilan peluru asap polis juga. Budak yang mula kena pukul polis tu tak baling botol pun tapi kena pukol juga. Apa konklusinya mengenai polis kita?

Pak Zawi said...

Mazle,
Klate dah sama level dengan Liverfool dalam hooliganism.
Klate Boleh!

Kerp (Ph.D) said...

no offence Pak Z but after long suspension Halim Napi seems to be back at square one, back at his old habit. back then his antics was frequently recorded in ref's book. i guess certain things just cannot be changed. a classic case of old habits die hard perhaps?

Pak Zawi said...

Kerp,
I am not into football so I don't know much about them. I stopped going to footbal matches some 30 yrs ago and if not because of the hooliganism, I wont be writing about it at all. I heard the same thing from Sang Klate, Halim Napi is such a person and knowing his time was nearing the end, he chose to show his true self.

tokasid said...

Salam Pok ZAwi:

Lama saya tak singgah sini.

Saya rasa sedih dengan peristiwa di KB baru-baru ini tentang bolasepak.Ini bukan sahaja berlaku di KB malah telah beberapa kali berlaku di negeri2 lain jugak tetapi 'kehebatan' yg berlaku di KB yang melibatkan kerosakkan harta benda dan kecederaan fizikal merupakan yang 'terhebat' setakat ini untuk tahun 2009 ini.

Lalu teringat saya pada awal 80-an dulu pernah bas penyokong bolasepak Negri Sembilan di bakar di KB,juga ketika Kelantan menentang N9.

Nampaknya hooliganisme semakin menular dalam arena sukan negara kita.Mungkin kita nak tunjuk kehebatan kita setara penyokong-penyokong dari England yang sering begitu apalagi jika sudah lalok dengan alkohol dan dadah.

Mungkin perlu di lakukan satu studi.Mengapa ketika pertandingan sukan terutama bolasepak peminat2 tidak berjaya mengawal emosi mereka.Ketika di U dulu ramai teman-teman dari Kelantan yang 'hilang diri' jika menonton perlawanan bolasepak antara persatuan anak-anak negeri.Samada yang menjadi pemain atau penyokong.
Tapi bukan setiap perlawanan mereka 'hilang diri' cuma jika perlaku keputusan pengadil yang tidak menyebelahi pasukan anak Kelantan atau jika team anak Kelantan kalah.Yang pemain mula bermain secara 'brutal' dengan pemain lawan menjadi 'bola' dan penyokong di luar memberi encouragement supaya pemain lebih agresif.

Sedangkan di luar perlawanan mereka tidak 'taksub'sebegini.Saya pernah bertanya pada rakan2 kamcing dari Kelantan mengapa ini berlaku dan mereka tiada jawapan.They too are puzzled walaupun kadangkala rakan2 saya juga bersifat temporary 'hilang diri'.

Yang lebih unfortunate bila media melapurkan secara besar-besaran kerana Kelantan di perintah oleh kerajaan yang berlainan dari kerajaan Persekutuan.

Mungkin Pak Zawi tahu serba sedikit mengapa ini seringterjadi.

tchersally said...

Memalukan bila budaya merusuh kian tegar dikalangan rakyat Malaysia..hilang pertimbangan..hilang "sporting spiritual" (seperti kata Tok Guru semasa di interview di TV"..hehe

Pak Zawi said...

Salam Doc Ta,
Selamat datang kembali.
Fenomena hilang diri di kalang penonton ni tak dapat di kupaskan oleh Pak Zawi. Rasanya semua ini adalah herd mentaliti di kalangan penonton. Mereka jadi berani dan merasa selamat untuk melakukan sesuatu yang tak baik bila dilakukan beramai-ramai. Mereka cuma memerlukan satu sebab kecil untuk meletup.
Peristiwa ini amat memalukan kami semua. Kini stadium ini diharamkan buat sementara waktu. Pak Zawi masih beraharap ianya ditutup untuk selama-lamanya untuk perlawanan bola dan dijadikan stadium Tomoi je jadi apabila penonton merasa nak mengganas, kita kasi mereka boxing glove dan suruh mereka naik atas ring dan bergocoh.
Stadium Sultan Muhamad Ke IV akan menjadi stadium Tomoi terbesar di dunia.

Pak Zawi said...

Tchersally,
'Sporting spiritual' eh? Sebab dia selalu dengar perkataan 'Spiritual Leader' digunakan hehehehee.

Maarof said...

Saya ingin membetulkan komen toksaid. Bas Negeri Sembilan yang dibakar tu ialah bas yang membawa pemain. Masa tu NS tak sanggup nak bawa penyokong dengan bas, agaknya. Ia berlaku di Kuala Terengganu. Sila lihat blog saya.

Pak Zawi said...

Sdr. Maarof,
Terima kasig atas pembetulan saudara. Saya tidak banyak mengikuti perkembangan bolasepak sama ada di Kelantan, Malaysia atau antarabangsa.

Covert_Operations'78 said...

Salam, Abang Zawi!

Pada pendapat saya, kalau bolasepak diharamkan, ini akan menggalakan pertaruhan bolasepak secara haram dan tidak terkawal dan meningkatkan lagi risiko kegiatan yang tidak disenangi seperti judi, perbalahan ganas dsb.

Setiap acara sukan haruslah diberikan peluang publisiti dan pertandingan secara teratur dan menepati undang-undang. Negara kita ni sudah cenderung sangat mengharamkan semua perkara, dari perhimpunan awam ke penerbitan makalah alternatif. Ini akan mewujudkan satu masyarakat yang pengecut dan tidak prihatin terhadap isu-isu sosial dan politik, dan juga mewujudkan budaya 'underground' di mana mereka yang mempunyai idea yang bernas dan inisiatif terpaksa menyalahi undang-undang untuk melakukan kegiatan yang normal dan disifatkan sebagai kreatif dan demokratik di negara lain.

Mengharamkan apa-apa kegiatan sukan tidak akan membawa apa-apa manfaat kepada masyarakat kita. Yang pentingnya, kita perlu memupuk nilai 'sportsmanship' dalam golongan ahli-ahli sukan dan peminat sukan.

CO78

Pak Zawi said...

CO78,
They will never ban football in Kelantan. It is the most popular game, the only one game that can entertain the ordinary people. Furthermore so many other forms of entertainment has been banned in Kelantan. If football is banned, there will be one less entertainment for our people.

Anonymous said...

Orang Kelatae selalu berusuhan. Dulu maso amo kecik thaun 60an, bola sepak antara Kelatae dan Trengganu selalu gocoh, kelam kabut. Bas ogae Trengganu dirosakkan dan malahan mereka tidok selamat sehingga tibo di Jerteh. Rumoh amo di Pasir Putih, bas ogae Trengganu kena baling batu bila lalu di Pasir Puteh, Ogae Kelatae ni dagat, suka amok dan "layak menjadi penonton yang bertamaddun.

Ogae Kelatae jugok

Pak Zawi said...

Oghe Kelate Jugok,
Dulu Trengganu adalah musuh tradisi. Kalau di KT bas Kelantan jadi mangsa, kalau di KB bas Trengganu jadi mangsa. Mungkin ini adalah satu hiburan untuk mereka.

eViLyNa said...

Uncle, bagi Leena dlm hal ni semua org patut rasa bersalah. Yes, It is just a game tp orang takkan mengamuk kalau tiada sbb kan. Kalau betul penyokong tu kene pukul teruk, why tiada org berani laporkan pada media? Atau ia dikira 'kes terpencil'. Semua org akan mula menuding jari, Halim pula tak patut pukul org, dia dah berusia dan patut menjadi contoh pada yang muda, bukan sebaliknya. Rasanya org yg dia pukul tu suami Rita Rudaini kan? Kadang2 kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, kerana segelintir perangai orang Kelantan ni, seluruh orang Kelantan di dunia menjadi mangsa kutukan. Ingatlah kata-kata PM kita, One Malaysia.

Leena Ahmad
(Psst: Uncle, dah tgk MPV EXORA? Kalau nak beli bgtau Leena ok!)

Pak Zawi said...

Leena,
Anak sehat ke Leena?
Punca kecoh di luar stadium adalah kerana pihak polis dikatakan memukul penonton yang tak berdosa dan penonton lain bersimpati dengannya.
Halim memang panas baran tapi pemain yang dia pukul tu juga salah sebab membuat perbuatan yang menyindir kemarahan Halim. Suami Rita Rudaini? Sapa pula Rita Rudaini ni?
Proton Exora belum tengok. Kata nya cantik. Azini baru saja book Honda Stream bab nak beli kereta import kerana dok di Pulau bebas cukai.