Thursday, October 2, 2008

Sarapan Pagi Bersama Kelantan Bloggers

Sebagai perkenalan pertama satu perjumpaan kecil akan diadakan sambil bersarapan pagi di tempat, masa dan tarikh berikut:

Tempat: Hayaki Kopitiam Jalan Kebun Sultan
Desa Cemerlang

Masa : 9.30 Pagi - 11.30 Pagi

Tarikh : Sabtu 4 hb Oktober 2008

Semua yang berminat sila hadirkan diri ditempat diatas diantara masa tersebut. Ini adalah titik permulaan untuk merangka gathering yang lebih besar. Semoga mendapat sambutan.
Sila bawa notebook masing-masing kerana tempat tersebut ada wifi.

Selamat berkenalan

Pak Zawi
HP 019 9125647

18 comments:

Unknown said...

Waaah marah sungguh diri ini~~~
Anyway, I'll advertise it in my blog also... kirim salam kat semua yang datang nanti :(

Pak Zawi said...

Akmal,
Takpe nanti bila ada big gathering kita akan tetapkan pada tarikh yang akmal boleh datang.
InsyaAllah akan saya sampaikan salam Akmal pada member bloggers Kelantan.

arsaili said...

salam pak Zawi..maaf zahir batin..cam mana raya?

Pak Zawi said...

arsaili,
Salam kembali. Pak Zawi pun pohon maaf juga.
Raya tahun ni penat juga bab 2 hari menziarah sanak saudara. Malangnya traffic jam tak membenarkan Pak Zawi menziarah Abang di Tanah Merah. Kena pegi lewat sikit la.

Anonymous said...

Silap tok kelik klate tahong nih. Kalu tidok buleh singgoh jupo puok puok tuh. Anyway, have a good time. Jangae dok 'ngupat kok sir2 deh. Ingat samo ko anok2 klate hok tok kelik nih. Salam to all.

Pak Zawi said...

adiejin,
Cuma saya dan KL Traveller yang hadir dari jam 9.30 - 10.30 Pagi tadi. Kami beredar dari situ apabila tak ada orang lain datang. Mungkin masa begitu tak sesuai untuk berhimpun. Walaubagaimana pun tempat tu amat selesa. Saya amat gembira kerana dapat berkenalan lebih dekat dengan cjcm aka KL Traveller.

Anonymous said...

Salam.

Pertamanya ambo nok minta maaf banyak2 pada Pak Zawi.. sebab dah tersalah sangka!

Ambo dalam keadaan jammed teruk sepanjang perjalanan dari TM ke Bachok(majlis bercukur anak saudara),
terus ke Hayaki.

Sampai disana jam 12 tghari.. tengok takde kelibat sesiapapun yg berkenaan.. nasib baik ada jumpa kawan2 lama dari Wakaf mek Zainab. Lepas 2 jam ambo balik..
hampa + marah dalam hati.

Ambo betul2 ingat takde perjumpaan pun.. sbb biasanya kalau lepak kat Hayaki sambil surfing.. 2-3 jam ni kejap saja.

Ni pun masuk blog Pak Zawi nak mintak penjelasan sebenarnya.

Ambo lewat tu ambo mintak maaf la.. bukan diminta, jammed nak wat guano?

Terima kasih atas penjelasan.

Pak Zawi said...

raktamrittika,
Tiada apa yang perlu dimaafkan. Seperti saya katakan, pilihan masa mungkin tak tepat. Saya rasa jika ada sorang lagi datang menyambung tempat cjcm saya boleh menunggu lebih lama. Saya sebenarnya tak ada notebook pada hari tersebut kerana anak saya meminjamnya untuk 2 bulan untuk menghadiri kelas KPLI di Keningau jadi saya duduk lama tanpa notebook pastinya membosankan. Saya berharap KBguy boleh datang tapi malangnya dia terpaksa tunggu ofis kerana orang lain bercuti Raya.
Elviza juga tak dapat datang keranan tersangkut dalam jam.
Kalau masih berada di Kelantan singgahlah dirumah saya di Pasir Mas dan bolehlah kita buat mini gathering 2 orang seperti saya buat dengan cjcm.
Lain lain perjumpaan akan diaturkan dari masa ke masa tetapi pastinya apabila saya dapat kembali laptop saya kerana berada di Hayaki Kopitiam tanpa laptop sudah pasti membosankan walaupun hanya untuk satu jam.

Daphne Ling said...

Haih, Pak Zawi,
And once again, I will miss it...Adoi...Kalau kat Malaysia pun, bukannya boleh pergi ke Kelantan sesuka-hati just for breakfast, kan?

Anonymous said...

Pak Zawi,

Nice meeting you in person. Kalau datang KL, give me a call... we can go teh tarik somewhere... :)

To others, don't worry... be happy. Mesti ada peluang lagi di lain kali.. :)

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin.

Pak Zawi said...

Daph,
The meet wasn't for people in faraway land like you buat it would be nice to host you to breakfast, lunch, dinner and supper in Kelantan one day.

Pak Zawi said...

cjcm,
Likewise it was a pleasure meeting you. Don't worry Kajang is a short drive from Enstek Labu where my son lives and I often go there as my first stop whenever I visited my children.
To the others like raktamrittika, more of such mini gatherings can be held from time to time. So worry not if you missed that first one.

tini said...

Pak Zawi,

selamat hari raya. baru baca yr posting hari ni. maroh sungguh pada diri sendiri sebab saya ada in KB masa tu saja passing time while waiting for hubby flight from KL lepas hantar adik ke airport.. kalau tau i definitely will drop by.. tak apa la next time.

misz_A said...

alamakkk...missed la pulak..baru arini tgk blog ni...

Pak Zawi said...

tini,
Jangan risau, kita buat lain nanti. Gathering macam ni tak susah, kita tunggu kalau ada blogger dari KL datang kita buat pula la.

Pak Zawi said...

misz_a,
Saya ada buat announcement kat Kelantan blogger chat, mungkin you tak perasaan kot. No problem kita buat lain.

Anonymous said...

Everyday, you say something.

You SMS, chat online, and talk to your friends and family.

What if you got rewarded for your say?

More than 15,000 young Malaysians and I have been active in this community and I thought you would want to check it out.

How does it work?
* Get paid when you take surveys, as it helps businesses and society serve you better.
* Meet like minds and influence others as you discuss your interests, current issues in the group discussions.
* Get more readers for your blog, as you broadcast interesting statistics of young Malaysians.
* Help young Malaysians with their questions. Or ask one of your own!

It's actually quite addictive and you can earn money too. The last I checked, members have earned a total of RM 38,522. You have to see it for yourself!

http://youthsays.com/invited_by/7330556

Anonymous said...

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling
bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan
kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.
Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan
diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90
kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia
diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh
poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada
empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,' jelas
Samuel.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang
berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.


APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung
dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi
sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka
dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang
bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga
habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan,
Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah
Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di
mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad
pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

'Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan
beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada
hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya
lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,' kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan
pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman
gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar
dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan
harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),' kata
Samuel.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya
yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu
di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.'

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan
terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai
RM7.50.


HARI PENGGANTUNGAN

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman
gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lamo untuk
hukuman dilaksanakan.

'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan
tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi
agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

' Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka
lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila
kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang
salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak
tahan lagi menunggu,' katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka
akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang
banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada
hari hukuman.

' Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar
sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai
kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan
jenaka,' cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk
pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari
hukuman akan dilaksanakan.


BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan
secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian
5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian
suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar
dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat
kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya
membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian
berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan
akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam
dibiar tergantung.

'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati
jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada
dia, semuanya tak ada masalah.

'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan
letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-
bos saya dulu,' kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel.
Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada
anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

'Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal,
lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi
penagih, satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil menjelaskan
bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.


--Amirshah


p/s: menarik gak info ni..org Islam yg kena hukum gantung semua digantung hari Jumaat....bukan senang nak dpt kelebihan mati hari Jumaat...hmmm. ..